Rabu, 4 November 2015

SEDAPNYA LAMPAM GORENG

sapa kata patin sungai tak sedap?
Ini nak cerita pasal makan sikit. Bagi sesetengah orang tak suka makan ikan sungai atau ikan air tawar kerana hanyir dan berbau katanya. Ini persepsi yang susah nak ubah jika kita memang jenis kurang berilmu bab ikan atau bab makan. 
Aku sendiri sebenarnya lebih suka makan ikan air tawar berbanding ikan laut. Aku tak salahkan orang kalau dia kata tak makan ikan air tawar sebab hanyir sebab memang pengetahuan dia tentang bab ikan terlalu dangkal lalu dia buat satu persepsi sendiri bab ikan berdasarkan pengetahuan sedia ada. Sebenarnya kualiti ikan berdasarkan tahap kebersihan ikan dan juga makanan ikan. Kalau air tempat ikan tinggal tu bersih maka bersihlah ikan tersebut. Aku sendiri pernah siangkan seguni ikan lampam tasik kenyir lalu basuh tangan tak guna sabun pun. Sekadar gosok kat pasir saja bau ikan tu dah hilang. Memang ikan berbau hanyir terutama ikan diperairan yang berlumpur seperti berhampiran muara ikan akan berbau tetapi masih ada cara nak hilangkan bau tersebut. Bukan susah pun , sekadar sapu tepung pada ikan dan peah asam limau, nanti hilanglah hanyir ikan tersebut. 
baung ni memang diburu kaum cina
Lagi satu, ikan  berbau miyak terutama ikan air tawar yang tinggal dalam sungai yang melalui kawasan perindustrian atau bandar. Yang ni aku pun tak lalu nak makan tetapi masih ada cara nak hilangkan bau dengan cara menyimpan ikan yang masih hidup dalam air yag bersih lebih dari seminggu. nanti bau lumpur dan minyak tu akan berkurangan. 
Sebenarnya jika kita amati, rasa ikan air tawar lebih sedap berbanding rasa ikan di laut. Tak hairanlah kekadang harga ikan air tawar boleh sampai harga ratusan ringgit. Jangan terkejut kalau anda rasa gian nak makan ikan air tawar. 
lampam ekor merah sungai memang kegemaran aku
Selain tu, pemakanan ikan juga memainkan peranan penting dalam menghasilkan rasa daging ikan yang sedap. Ikan yang makan buah-buahan dan ikan yang sedap akan menghasilkan rasa ikan yang sedap. Malah ikan keli yang dipelihara tu jika tinggal dalam air yang bersih dan berarus serta diberi makan anak ikan karp saja tentu rasa ikan keli tu rasa macam jenahak kot? 
Sebenarnya persepsi kita tentang sesuatu banyak bergantung dengan pengalaman sedia ada lalu kita buat satu tafsiran sendiri. Bagi sesiapa yang tak makan ikan air tawar tu boleh la cuba ikan air tawar tasik kenyir atau tasik banding. Saya percaya persepsi tu akan berubah. Kalau tak percaya pergi la cuba dan jangan duk sembang saja.

ramai dah mula makan keli

jelawat masak lemak, jangan duk cakap la. memang terliur

patin tempoyak memang cemerlang, gemilang dan terbilang
sapa kata kari keli tak sedap?

yang ni tak ada sapa pun nak tolak?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan