Ahad, 18 Jun 2017

SEMUA ILMU NAK DIPERDAGANGKAN?

bantulah anak anda membaca
Suatu hari, aku cuba la google nak cari teknik mengajar membaca yang mudah untuk dua tiga kerat murid aku yang masih dalam gear satu. Google punya google, pelbagai klu aku taip kat google.. banyak betul teknik membaca dan teknik belajar yang berkesan yang aku jumpa dalam google tu. Tapi sayang, semuanya perlu berbayar.
Tertanya dalam hati juga aku ni. Dah nak kiamat ke dunia ni kalau semua ilmu hendak diperdagangkan sampai tak ada yang sudi nak berkongsi secara percuma. Bukan salah kalau nak diperdagangkan tapi takkan tak ada yang percuma langsung. Semuanya nak kena bayar ke. Setahu aku semua ilmu tu Allah yang bagi pada kita, Rasanya tak ada pula Allah minta bayaran malah memberi lagi ganjaran.
Yakinlah, kalau ilmu yang kita ada tu dikongsi dengan semua orang tak akan rugi ilmu yang kita perdagangkan, Sesungguhnya rezeki pun Allah juga yang bagi, malah mungkin berlipat kali ganda lagi Allah bayar pada kita sekiranya ilmu yang kita ada tu dikongsi percuma. Apa yang penting kita yakin dengan janji Allah.
Beginilah kalau kita sudah terdidik dengan duitan. Kita hanya memikirkan pasal bayaran sahaja. Kita lupa dengan janji Maha pencipta dengan ganjaran kebajikan. Aku luahkan ni pun pasal bangsa kita saja sebab aku memang tak pandai bahasa bangsa lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan